Friday, 5 October 2012

JALINAN KASIH

assalamualaikum..fuhhhh lame sudah jarijemari ini tidak menekan butang2 di dada laptop..minggu lepas penuh dengan pelbagai program dan projek..serius PENAT..first of all jejari nak cerita pasal tajuk yang kat atas tuh...haaa cer...bace.. cer bace...mesti ada yang tertanya-tanya apa kene mengena tajuk tu dengan jejarikan???ni nak cerita la kan..kat poli jejari nih ada subjek AR101 yang di gelar "POLIBRIGED" dalam pelajaran nih kami semue di ajar pasal jati diri,berkhemah-khemah,kawad kaki (wajib),dan protokol..
ok majlis jalinan kasih ini under protokol kami semua di tugas kan untuk membuat satu majlis yang rasmi dan penuh denga tatatertip dn protokol..dan jejari di lantik sebagai pengarah program untuk kelas kami..so secar tidak langsung jejari juga telah menjadi perancang majlis...fuhh first tu jejari memang tak nak sebab tanggungjawab sangat besar..tapi bila berkali-kali di paksa so ikut kan juga la...lame juga la kite orang bermesyuarat boleh kata setiap hari..setelah beberapa kali kami di meja bulat kami sepakat untuk membuat satu majlis makan tengahari yang di berinama "MAJLIS JALINAN KASIH" dan bertemakan  "RETRO"..
tengok nama dan tema pun korang mesti dah dapat agak mesti bajet sangat tinggi kan...dan jawapannya adalah "BETUL"..jejari as pengarah.mengarahkan agar bendahari kelas kami mengutip sekepala RM50x24 orang so = RM1200...gepak tak...kalau nak tengok gempak ke tak tengok gamba di bawah


before majlis

before

serina

our Mc


last touch up..

busy

wetter








VVIP

ucapan perasmian



yeahh dah rasmi..

sign la dulu.

dan makan2


fadzlan the best MC in JKM

khalilah also the best MC










yeah dah abizzz


haaaa..mcm gini lah gaye nye majlis yang jejari habaq td...walaupun simple tapi meriah dan penuh dengan pujian...dan memori terindah...so next cerita pulak tentang program PRS..nanti kan entri selanjutnya..sekian babai..


Wednesday, 19 September 2012

cintaku buat dia

assalamualaikum today jejari nak share la pasal madah2 yg telah di coret sekian lame nya dahulu kalu tak silap time form 3 lah...dan sejak akhir-akhir ini jejari selalu jiwa kacau...stress la dengan hidup ini.entah hurmmmm okeh la..malas pulak jejari nak cerita tentang hati yang tengah stress nih..nantibada yang sakit hati pulak..let's baca benda ini..

Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hat
iBuat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...
Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si diaTidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...

Tuesday, 4 September 2012

rangkuman seminggu

assalamualaikum...ape habaq hampa semua??ada baik kah?ni hau ma? haaaa......lame kan jejari menyepi tanpa khabar berita dan secalit coretan di muka blog ini (ingat najwa latif je ke ada muka buku?aku ada muka blog) biasala budak-budak poli standart la busy memanjang dengan report yang bersepah dan sedang membentuk bagaikan gunung ledang,..wahhhhh gitewwww kkau ado?? today baru tergerak nak update sebab tadi membe jejari si khalilah AR ad tanya nape dah lame tak update..so this for u lala..wahhh okeyh kita sambong topik kita tadi... Eherm Eherm kadang-kadang memang tak boleh nak kejar nak menyiapkan semua report tu...ini merupakan pengalaman baru buat jejari..tapi bende itu memantangkan kita semua agar lebih bijak untuk mengurus masa..cewahh ada macam ala2 penceramah motivasi pagi kt tv3 tak?(nak perasan jap.sila jelous) tapi di dalam kesibukan yang membelenggu diri jejari ini..ada juga masa untuk jejari bersuka ria...ceh berikut ada lah rangkuman cerita @ kisah yang berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ini...

with birtday boy ammar
first of all...jejari nak cerita pasal birthday boy...si Ammar."lelaki tanpa perasaan"..haaaa mesti korang tertanya-tanya kenape jejari gelar dia begitu..ini semua di sebabkan muka dia yang sama saje..walau apepun yang berlaku mantain sajok nok..tapi kepale giler-giler..si ammar ni baik budaknye..mempunyai hati yang luhur hingga dia terjebak dengan tipu helah si aideel,zahin,lan,faiz dan jejari sendiri..cerita nya begini..after kelas agama around pukul 11 macam gitulah...kite orang macam biase akan lepak kat bilik zahin (c306) dalam kite berborak-borak sampai la pukul 12..so bermula operasi hitam..ahahaha after kite orang wish kat Ammar..kite orang mule kan operasi..mule-mule ammar dah mengantok dia nak masok tidor..tapi kite orang halang ar..ajak dia join kite orang lepak main futsal kt padang futsal lah...dalam dia tak nak kite org pakse jugak...akhirnya dia cair jugak dengan pujuk rayu kami terutama jejari sebab time tu jejari lengkap berbaju melayu berona putih cream,bersongkok zapin..wah macam nak nikah di tambah pula aksesori mukaku yang polos dan suci (macam siot je).. dalam perjalan ke tempat kejadian aideel dan lan pergi ke bilik kebal (bilik aideel) yang menempatkan bahan-bahan nak buat kek..seperti telor dan tepung gandom cap LILIN..jejari dan zahin telah masok ke gelanggang..selang beberapa minit lan datang dari belakang dengan membawa sebijik telor di tangan kanan dan segenggam tepong lalu di balik terus ke kepala dan badan ammar dengan iringan "HAPPY BIRTDAY AMMAR"..dan faiz,aideel dan zahin pun memulakan acara tersebut setelah lan merasmikan...jejari hanya sebagai jurukamera sajok..ahahhaha korang bayang kan pukol 1 pagi main bende tu kat tempat gelap..tapi yang syoknya ammar lu memang terkena beb......terbaikkk


cerita kedua pula,..pasal pergi ke bukit jalil..buat pe jejari ke sana..sebab nak sambut merdeka la..haiishhh nakk kate best tak la best sangat tapiiiii...boleh la.. ape orang sekarang cakap?? so.so.laaa....okeh kite cerita pasal yang best dahulu.pertama yang best nye pergi kesana sebab dapat release tention dan tak adalah terperat je dalam bilik 24jam..sebab semua budak balik kampung beraya kate nye..tah ye ta tidak..kedua pegi ke sana kite dapat dua helai t-shirt yang ter tulis merdeka55 n sehelai lagi tertera 1malaysia dan logo KPT.dapat topi merdeka.dapat makan KFC dinner plate,zigger bugger,seafood pizza,muffin..wahh banyak makan meyhh..dan yang paling terbaik kami semua dapat elaun..RM5 walaupun nilai nya nampak sedikit tapi..kalau di tuka kepada topup boleh bergayot lame-lame taw...ahahahahah brilian tak otaq jejari???ehehehe...dan paling tak best nye ialah...ustaz Din cakap kita tak yah masok lah sebab perjalanan kite dr bukit jalil ke poli pd jauh....ok fine terima sajok..tapi sebelom balik sempat la jugak ber snap snap..skit..so letss see the picture.




dan cerita ke tiga ialah..korang tengok jela video ini..aq dh penat menaip mate pon dah lalok...nak tido..video tercetus di sebab kan tention!!!!!









so..sampai di sini sahaja coretan ku kali ini..mate dah bebak nak tidor besok ad poli briged lee.....

>>>>>>>>>>>>SAMPAI KETEMU YAA<<<<<<<




Tuesday, 28 August 2012

suami pilihan..

assalamualaikum di malam yang hening ini jejari nak share kepada sang pencinta lelaki iaitu wanita-wanita di luar sana bagaimana anda semua nak mencari seorang suami.baiklah separti mana yang kita ketahui Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, para wanita perlulah sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan hidup. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...


1-Kuat agamanya
Walau terlalu sibuk sekalipun, solat fardhu tetap dilaksanakan pada waktunya. Utamakanlah pemuda yang kuat amalan agamanya. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW menerima pinangan Saidina Ali k.w.j. buat puterinya Fatimah r.a. kerana ketaqwaannya yang tinggi walaupun beliau hanya seorang pemuda yang miskin.

2-Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata menggambarkan peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua jelas ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah
Dia tegas mempertahankan maruah agama dan keluarga. Tidak menghabiskan masanya di tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan secara sengaja atau mengkhianati apa-apa yang diamanahkan kepadanya terutamanya yang melibatkan hak-hak fakir miskin dan anak yatim.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut atau pemboros tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang diterima akan dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Dia biasanya menundukkan pandangan terhadap wanita-wanita yang lalu lalang di hadapannya.

7-Terbatas pergaulannya
Dia tidak mengamalkan pergaulan bebas. Pergaulannya biasanya hanya terbatas kepada golongan yang cenderung kepada agama. Singkat perbualannya dengan orang-orang yang kurang berakal.

8-Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya iaitu golongan yang mengutamakan akhirat lebih daripada dunia. Dia menjauhi orang-orang yang zalim, yakni orang-orang tidak meletakkan agama pada tempatnya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur melalui sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedangkan dia senang lenang, nyatalah dia tidak bertanggungjawab.

10-Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya sentiasa tenang, sama ada sewaktu dia bercakap atau bertindak.

Berbahagialah wanita jika diintai calon yang demikian sifatnya...


sampai di sini sahaja coretan jejari...apa yang terkurang jangan di caci tapi sebaiknya di tegur agar dapat di baiki..

<<<SAMPAI KETEMU>>

Saturday, 25 August 2012

istikharah cinta


assalamualaikum..today jejari nak share satu lagu yang bagi jejari lirik-liriknya yang puitis dan penuh dengan kata-kata yang mendalam....dalam kita mencari cinta kita perlu ingat bahawa pilihan kita belum tentu terbaik..pilahan keluarga mungkin baik..tetapi pilihan allah sentiasa terbaik..bergegang dengan kata itu tadi jejari berharap kepada anda yang di dalam delima untuk memilih cinta...agar kita mengadu kepda allah..kita minta bantuan dari allah dengan solat istikharah..insya'allah allah memberi petunjuknya...






sampai di sini sahaja coretan...jejari sedang kemas-kemas jap lagi nak balik poli...hurmmm bye


smapai ketemu

Friday, 24 August 2012

raya reunion kecilkecilan..part 2

haiii...asssalamualaikum..okeh seperti yang di janjikan semalam today jejari nak sambung cerita semalam pasal raya reunion kecilkecilan..setelah semalam penat mengembara hari ini sperti semalam tepat jam 10 jejari kan kengkawan bertolak tiba d rumah first rumah cik hanis....makan ringan-ringan sahaja sebab hari ini ada dua rumah yang masak berat...bukan hape kami nak jage badan..tak kan asyik nak makan berat je sepanjang minggu ni kannn...just makan nuget dan kentang goreng my "PEBERET"meyhh....tapi kat rumah cik hanis ini kami lebih kan sessi bergambar..heeww al-maklom la cik hanis kite baru saja beli kamera Dslr semalam petang...so kami la jadi bahan ekperimen beliau...secara tidak langsong kami menjadi model sambilan di aidifitri..wahhh giteeeewww...so let's tengok gamba yang di ambil today...

*dua gadis sunti yang setia anis n yana

*jejari with hadek
*my best friends tapi ada yang tak ada dalam gamba

*di rumah cik hanis


*membe baik ajik

*membe baik apip


*lepak di rumah yana hujan meyh

*besar tak mate

*membe baik pipit

*membe baik akim
di rumah yana pula kami semua makan rojak..wah dah lama jejari tak makan rojak sejak pergi study...tapi rojak nya memang pedas tapi superb sedap..meleleh air mata kami semua makan...sampai ada yang kerok-kerok kepala..sebab gatal..ahahha lawak kan...lepas tu kami pun bertolak ke rumah cikgu tuisyen add math...waahhh terharu nya cikgu pian buatkan mee sup..ad bebola daging yang banyak dan our paberet pizza..kalau nak tahu menu pizza ini memang menu yang kite orang suka..kadang-kadang bile kelas tuisyen malam cikgu selalu bawak makanan...heeeewww...kalau cikgu banyak pizza home made okeh memang sekejap je lesap hanya tinggal piring je...tak sampai 10 minit..memang best belajar dengan cikgu..kelakar pun kelakar..tak lokek ilmu tak lokek makanan...u all nak tahu time seminggu before SPM semue dak lelaki stay up rumah cikgu..cikgu ajar math,add math dan subjek-subjek yang boleh dia ajar...sambil-sambil tu cikgu sempat jugak ajar kami macam mane nak buat pizza home made...cheese lebih ahahahaha....sampai sekarang aku berterima kasih kepada dia sebab dulu aku memang tak akan lulus add math dan math setelah jejariberlajar dengan cikgu kt sekolah dan di tambah lagi dengan ajaran cikgu pian alhamdulillah jejari punye result spm..so terima kasih cikgu!!
*with cikgu pian heww


okeh la..sampai di sini sahaja coretan jejarti...jejari nak seru kepada anda semua ayuh kita bersengkang mata menyiapkan segala tugasan lecture bagi before cuti..setelah kita puas beraya sakan..ahahaha


<<<<sampai ketemu ya>>>>


Thursday, 23 August 2012

raye reunion kecilkecilan...part 1


*yang tiga orang ni orang lain sebok makan kuih depa dok layan video dota
haiii assalamulaikum semua...today jejari puas berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan sekelas time form five...walaupun ada yang tak ada tapi tetap meriah...aktiviti ini jugak boleh di kategorikan sebagaia reunion kecilkecilan yang akan berlangsung selama dua hari....dan hari ini juga perut jejari penuh dengan air berGAS haiyoo...sakit pelot meeeeyyyhhhhh...mane tak nye dari rumah yang first sampai rumah yang ke dua belas...semua hidang air gas...tapi nasib baik tak banyak rumah yang hidang makanan yang berat-berat kalau tak setiap kali singgah kat rumah membe mesti kene buat temu janji dengan toilet...tapi kami semua pandai jage kesihatan takde lah sampai nak minum air bergas jeeww...sampai rumah yang ke sepuluh kami request air NAJWA LATIF....heeewww sonak perot den dok minum air gas je...yang paling best nye kite orang yang TUE bangke macam nih pun dapat dit raye u allsss...terharu nye terasa muda seketika hehehehehe.... tiap kali dapat duit raye teringat mase kecik-kecik dulu lepas solat sunat aidilfitri je terus pergi beraya kat rumah orang-orang kampong di rumah atoq walaupun tak kenal..heheh semata-mate nak kumpul duit nak beli kereta "KONTROL" perghh...time tuh memang porpular arh..sape tak ada kereta "KONTROL" tak boleh main same-same time petang-petang...boleh di katakan time jejari kecik-kecik dulu satu rumah tuh...mesti ada satu kereta KONTROL....kalau ada lebih dari satu,tu kira bonus sebab adik beradik lelaki ramai..dan umor pun beza setahun dua je..hehe orang kampung memang macam tu..suke anak ramai..ahah meriah taw..tapi sayang tak sampai sebulan kereta tuh mesti rosak..sebab kite orang pepandai nak jadi makanik..dok "mengoter-oter"
kereta tu..nak bagi lagi laju..padahal same je..ahahah kadang sampai berconteng-conteng kat body kereta tuh..haaaaaaaahhh sweet je..teringat time dulu-dulu kan..okeyh la sampai di sini saja coretan jejari..esok ada sambungan cerita raye reunion kecilkecilan....esok adalah episod akhoir sebab ada yang akam kembali ke poli n universiti pada hari sabtu....
 <<<<sampai ke temu di episod raye reunion kecilkecilan part 2>>>>>

Tuesday, 21 August 2012

model hanget..

today sudah raya yang ketiga...cuti raya yang amat membosankan...tak tahu nak buat ape kat rumah asyik menghadap assignment lepas tu..tido makan tido dan "TOILET"...serius dah macam hape..hidup tak tentu arah..so bagi mengatasi mood bosan..jejari sesaje edit gambar sedikit..wah lets tengok..


*pic after CA class
kalau uall semua nak tahu budak-budak dekat kelas jejari ni memang giler kemre soo..kesimpulannya tolong jauhkan kami dari kemre terutama DLSR..ahahaha kami ibarat model di sem1..oh ya nih ada beberapa gamba lagi yang kami take before cuti..heewww =) *edit by lala n YB..


*this one lala yang edit khas buat semua sempena aidilfitri 2012



this pic kami ambil after polibriged...style kan kami...boleh masok majalah uRtV taw..kalah Dato Siti...eheheh forget it lah perasan je...tapi bila tengok lama-lama pic ni..sweet la..boleh senyum sesorang..yang perempuan nya duduk ayu je..sejuk mata memandang...muslimah gitewww..kau hado?

*yang this one pulak si Yb zahin yang edit..tema gambar bebas dan nakal...hewwww


haaaa..tahu tak tang mana yang datangnya nakal dalam pic ini...cube tengok betol-betol lidah jejari tu...hehehe nakal kan???tp yang stylo dalam pic ni si emon lah...like hulk kan...heeeee *jangan marah mon...kalau tengok lala macam model baju  raya sesuai nokk...hahahaha...hai macam-macam ragam dalam pic ni..korang yang tengok boleh discribe sendiri la samada suka atau tidak terpulang kepada anda..haaahaaha...

okey..sekian saja lah coretan dari jejariruncing di hari raya ini...i allss nak sambung tengok cerita kung fu hustle..best der tak jemu mengok nye..tak caye cube la eak....so selamat hari raya.selamat malam.selamat kembali ke politeknik *ahad nanti..bye2
sampai ketemu yaaaa